Puisi Bukan Menggurui?


Puisi menurut Za’ba adalah alat untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Bagi diri saya sendiri, puisi merupakan alat seseorang yang menzahirkan perasaan melalui kata-kata kerana kesukaran untuk mengekspresikan perasaan dengan perlakuan atau tindakan.
Manusia yang membaca puisi dihasilkan orang lain mampu untuk mendalami dan merasai perasaan penulis semasa menghasilkan. Tetapi, sesuatu puisi itu akan kehilangan sedikit nilai estetika sekiranya, penulis menggunakan kata larangan atau yang bertujuan untuk menggurui. Puisi yang baik tidak mengandungi kata-kata larangan seperti, perlulah, hendaklah, semestilah dan lain-lain.
Puisi sejenis ini, kebanyakkan dilihat pada puisi yang dianggap puisi agama misalnya, puisi bertemakan islamik. Dalam puisi itu, penulis menyeru pembacanya untuk melakukan sesuatu hal, tetapi hakikatnya mungkin, hal itu adalah yang dia sendiri tidak kerjakan. Dalam puisi islamik ini, para pendakwah menyeru manusia untuk terus mengerjakan kebaikan dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang-Nya.   
Sebaiknya dalam puisi, tidak menggunakan kata-kata yang bertujuan untuk menggurui pembacanya, melainkan, dia sendiri melaksanakan kata-katanya. Sebuah puisi yang dihasilkan boleh menggunkan kata-kata larangan, tetapi tiddak bersifat untuk melarang manusia semata-mata.

Comments

Popular Posts