Takrifan, ciri-ciri dan fungsi sastera rakyat dalam konteks dunia folklore
Pengenalan
1.
Makna Sastera
Perkataan sastera adalah
berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu ‘castera’. Susastera
pula membawa maksud yang khusus iaitu ‘su’ ertinya
adalah indah, dan baik dan sastera pula
bermaksud huruf, buku, karya dan teks. Kesusasteraan adalah
kumpulan buku-buku indah yang bahasanya adalah indah dengan kandungannya yang
baik. Menurut Hashim Awang, sastera merupakan satu ciptaan atau karya seni yang
disampaikan melalui bahasa. Hasil seni iaitu karya tulisan yang terbahagi
kepada prosa dan puisi tentunya mempunyai ciri-ciri keistemewaannya yang khusus
bersandar pada zaman. Peradaban dan martabat sesuatu bangsa dapat dilihat
melalui karya tradisional yang dihasilkan. Bahkan, bangsa Melayu turut tak
terkecuali dari hal ini. Era tradisional merupakan satu era yang mengamalkan
sastera lisan kerana ketidakwujudan teknologi penerbitan. Manakala, era moden
pula merujuk kepada teknologi penulisan yang sudah boleh dibukukan menjadi
sebuah karya teks. Karya yang dimaksudkan dihasilkan dalam pelbagai genre
seperti epik, hikayat cerita rakyat dan sebagainya.
1.1
Sastera Rakyat
Istilah ‘rakyat’ atau dalam
Bahasa Inggeris disebut sebagai folk merupakan
satu kelompok orang yang memiliki ciri-ciri pengenalan mahupun kebudayaan sehingga
dapat dibezakan dengan kelompok yang lain. Namun, istilah ini adalah bercanggah
dengan beberapa orang sarjana yang menyatakan pendapat mereka bahawa folk merupakan
satu kumpulan masyarakat yang agak tertutup, tamadun yang sederhana, bersifat
tradisional, mempunyai pegangan buaya tradisional yang kukuh, dan juga
berkemungkinan terdiri daripada sebuah masyarakat yang besar. Takrif yang
digunakan adalah seringkali dikaitkan dengan masyarakat luar kota (A. Bakar
[ed],1974:20).
Menurut Mohd Taib Osman,
pengertian bagi sastera rakyat adlah lebih sempit jika dibandingkan dengan
tradisi lisan. Sastera rakyat dilihat sebagai sesuatu yang sudah lama mati atau
sudah tidak lagi diamalkan atau setidak-tidaknya dihargai sebagai warisan
tinggalan zaman lampau. Berbeza dengan Safian et.al 1988:293-294, sastera
rakyat adalah sebahagian daripada tradisi lisan yang dapat difahami sebagai
ekspresi budaya yang mneggunakan bahasa serta mempunyai hubungan langsung
dengan pelbagai aspek budaya seperti agama dan kepercayaan, undang-undang,
keperluan masa lapang, kegiatan ekonomi, system kekeluargaan, dan susunan nilai
sosial masyarakatnya. Oleh yang demikian, mitos, cerita penglipur lara,
jenakan, lagenda, peribahasa, pantun, ungkapan adat, nyanyian rakyat, tarian,
drama dan permainan tradisional adalah tergolong dalam sastera rakyat.
Sastera rakyat boleh
dikenalpasti melalui beberapa ciri istimewa yang dimiliki. Ciri yang
dimaksudkan adalah terdiri daripada penyebaran secara lisan, wujud dalam
pelbagai versi, sumber bahan tidak dikenalpasti, karya adalah hak milik
bersama, berbentuk tradisi kekal dan bersifat pralogis. Dibawah akan saya
huraikan setiap ciri-ciri yang dimiliki sastera rakyat dengan lebih terperinci.
2. Ciri-ciri sastera
rakyat
a.
Penyebarannya adalah secara lisan
Penyebaran dan pewarisnya
adalah dilakukan secara lisan walaupun sesetengah daripada bahan kesusasteraan
rakyat trsebut telah pun diterbitkan menjadi sebuah karya tulisan. Walaupun
begitu, bahan yang diucapkan secara lisan itu masih lagi mengekalkan gaya
kelisanannya yang tersendiri. Hingga ke hari ini, masih terdapat bahan sastera
yang disampaikan secara lisan walaupun sebenarnya sebahagian cerita telah pun
dibukukan.
b.
Wujud dalam pelbagai versi
Disebabkan oleh sebuah kisah
disampaikan secara lisan iaitu dari mulut-ke-mulut, maka unsur seperti tokok
tambah dan pengurangan adalah sama sekali tidak dapat dielakkan. Akibatnya,
bahan yang dituturkan sudah membentuk menjadi satu versi yang berbeza. Namun,
perbezaan yang dimaksudkan hanyalah dari segi luarannya sahaja, inti pati
sebenar kisah tersebut masih dikekalkan.
c.
Sumber bahan tidak dikenalpasti
Sumber bahan tidak diketahui
kerana ia boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja. Tidak ada sebarangan halangan
mahupun had untuk bahan dituturkan. Penyampai bahan turut bebas melakukan
sebarang unsur tokok tambah dan pengurangan atau melakukan penyesuaian mengikut
kehendak penyampai itu sendiri. Kewujudan karya yang sentiasa berubah mengikut
penyampai, menyebabkan penyampai asal bahan itu tidak dikenali.
d.
Karya adalah hak milik bersama
Karya yang disampaikan secara
lisan melalui mulut-ke-mulut adalah dimilki bersama, kerana, hak milik sebenar
karya tersebut adalah tidak diketahui. Karya yang dimiliki bersama masyarakat
secara tidak langsung menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan
falsafah hidup masyarakatnya sendiri. Pernyataan tersebut mungkin dilahirkan
secara terus terang atau secara tersirat.
e.
Berbentuk tradisi kekal
Klasifikasi kesusasteraan
rakyat adalah berdasarkan pada formula dan pola tertentu. Misalnya, cerita
penglipur lara yang mempunyai struktur plot tetap terdiri daripada sebelum
pengembaraan, selepas pengembaraan, sesudah pengembaraan, dan diakhiri dengan
pengakhiran yang menggembirakan. Cerita mitos pula merupakan kisah yang amat
berkait rapat dengan asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat.
f.
Bersifat pralogis
Pralogis adalah sesuatu logik
yang tidak bersesuaian dengan logik umum. Oleh itu, pandangan dan tanggapan
masyarakat lain tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan
rakyat sesuatu masyarakat.
Sastera
rakyat yang disampaikan secara lisan ini juga mempunyai fungsinya yang
tersendiri kepada masyarakat zaman dahulu. Sastera rakyat pada zaman lampau
dipraktikkan sebagai alat hiburan, sebagai alat mengajar dan mendidik, sebagai
alat mengkritik, dan sebagai alat perhubungan dan komunikasi. Dibawah akan saya
huraikan setiap fungsi yang disebutkan dengan lebih lanjut.
3. Fungsi
sastera rakyat
a.
Sebagai alat hiburan
Sastera rakyat yang
disampaikan secara lisan ini mengandungi unsur jenaka yang sudah tentunya akan
menghiburkan setiap insan yang mendengar. Masyarakat tradisional dahulu
menggunakan sastera rakyat ini sewaktu lapang tujuan untuk mneghiburkan dan
memeriahkan suasana. Unsur jenaka yang ada pada kisah yang dituturkan amat
menghiburkan.
b.
Sebagai alat mengajar dan mendidik
Dalam sastera rakyat, tidak
hanya mengandungi unsur jenaka semata-mata, malah masih menyelitkan unsur
pengajaran yang sesuai dipraktikkan kesemua lapisan masyarakat, dari yang anak
kecil hingga yang tua. Sengaja pengajaran disertakan untuk mengajar anak-anak
muda terutamanya menjadi manusia yang baik dan berguna kepada keluarga,
masyarakat dan negara sendiri. Misalnya, dalam kisah klasik yang bertajuk ‘Si
Tanggang’ yang mengisahkan seorang anak lelaki derhaka terhadap ibunya. Dalam
kisah tersebut, pengajarannya adalah untuk selalu menghormati dan tidak
menderhakai kedua ibu bapa kerana anak yang berlaku demikian adalah dimurkai
sang pencipta.
c.
Sebagai alat mengkritik
cerita-cerita lisan yang
disampaikan adalah digunakan sebagai medium untuk mengajukan kritikan atau sindiran
terhadap golongan raja ataupun bangsawan. Hal yang dimaksudkan dapat dilihat
melalui cerita-cerita jenaka seperti Pak Kaduk, yang jelas ada menyelitkan
sindiran terhadap golongan berkuasa iaitu raja yang bersikap zalim terhadap
rakyat, tamak haloba, pentingkan kuasa sehingga mengetepikan soal kesejahteraan
hidup rakyat jelata. Malah, dalam kisah Pak Pandir, Lebai yang Malang, juga
diselitkan unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak, kedekut, gilakan
kuasa serta golongan yang sering mengambil kesempatan keatas insan lemah
semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan sendiri.
d.
Sebagai alat perhubungan dan komunikasi
Hasil karya yang berbentuk
puisi terutamanya dijadikan sebagai alat perhubungan orang Melayu zaman
tradisional untuk menyampaikan hajat penting. Misalnya, dalam adat perkahwinan
orang Melayu menggunakan pantun untuk berkomunikasi antara wakil pengantin
perempuan dan lelaki. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung, adat
meminang dan ketika majlis bersanding. Sehingga ke hari ini, pantun masih
digunakan sebagai alat perhubungan dan komunikasi semasa perkahwinan
berlangsung.
4. Penutup
Kesimpulannya, sastera rakyat
merupakan satu karya seni yang disampaikan oleh masyarakat zaman dahulu secara
lisan iaitu dari satu mulut ke satu lagi mulut dalam bahasa mudahnya. Ciri-ciri
khas yang dimiliki oleh sastera rakyat ini yang mnejadikan ia unik dan berbeza.
Bahkan, bukan hanya keunikan yang dimiliki membuatkannya istimewa, malah,
setiap fungsi sastera rakyat juga membuatkannya layak dipertahankan sebagai
khazanah warisan lampau,
5. Sumber rujukan
b. Makna sastera dan sastera rakyat : https://www.slideshare.net/elizaramlee/makna-sastera
c. Ciri-ciri sastera rakyat : https://www.scribd.com/doc/61132539/sastera-lisan
d. Fungsi sastera rakyat : https://www.slideshare.net/shytehachentamu/fungsi-sastera-rakyat-lisan
Sekian dari saya Alenscia, chow.


Comments
Post a Comment