Chairil Anwar
Chairil
Anwar, menjadi tajuk kepada tulisan kecil saya kali ini.
Chairil
Anwar, seorang penyair Angkatan 45 yang terkenal dengan puisinya yang berjudul
"Aku". Berkat dari puisinya itu, ia memiliki judul 'Si Binatang
Jalang'. Majoriti dari puisi-puisi yang dihasilkan Chairil Anwar adalah bertemakan
kematian, individualisme, dan ekstensialisme. Kesemua Karya-karya Chairil telah
dikompilasikan dalam tiga buku, iaitu Deru Campur Debu (1949), Kerikil Tajam
Yang Terampas dan Yang Putus (1949), dan Tiga Menguak Takdir yang merupakan
kumpulan puisi bersama Asrul Sani dan Rivai Apin (1950), serta diterjemahkan ke
dalam Bahasa Inggris, Jerman, dan Sepanyol.
Anak
kelahiran Medan, beliau telah dilahirkan pada 26 Julai 1922. Beliau merupakan
anak lelaki bekas Bupati Indragiri Riau, dan memiliki ikatan keluarga dengan
Perdana Menteri pertama Indonesia, Sutan Sjahrir. Chairil mendapatkan
pendidikannya di Hollandsch-Inlandsche School (HIS) dan kemudian, melanjutkan
lagi pembelajaran Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), tetapi tidak sampai
tamat. Meskipun latar belakang pendidikannya terbatas, Chairil Anwar menguasai
tiga bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Belanda, dan Jerman. Beliau mulai berjinak-jinak
dengan dunia sastera sejak berusia 19
tahun lagi, Namun, namanya hanya mulai dikenal ramai setelah tulisannya dimuat
di Majalah Nisan pada 1942. Setelah itu, Chairil pun mula menciptakan lebih
banyak karya-karya lain yang sangat terkenal bahkan sampai saat ini seperti
"Krawang Bekasi" dan "Aku".
Wanita
merupakan dunia kedua bagi Chairil Anwar setelah sastera. Nenek merupakan
keluarganya yang paling ia rapat sebelum ibunya sendiri. Semasa beliau dewasa, diketahui
bahawa beliau menjalinkan hubungan dengan ramai wanita. Beliau telah menamatkan
zaman bujangnya, dan menikahi Hapsah, namun, hubungan perkahwinan mereka tidak
berkekalan. Mereka bercerai dek gaya hidup Chairil yang tidak berubah bahkan
setelah memiliki isteri dan anak. Pasangan tersebut memiliki seorang anak
perempuan yang dinamai Evawani Chairil Anwar yang sekarang berprofesi sebagai
notaris.
Chairil
menemui ajal semasa beliau berusia 27 tahun dan faktor kematian beliau
mempunyai banyak versi, dan salah satunya adalah, beliau dipercayai menghidap
Tuberculosis (TBC). Meskipun hidupnya di dunia ini singkat, namun, karyanya
takkan mati, bahkan masih hidup hingga ke hari ini, dan masih disanjung tinggi oleh
seluruh masyarakat, lebih-lebih lagi dunia sastera Indonesia.
Saya
telah membaca dan memahami beberapa puisi hasil Chairil Anwar sendiri, dan saya
begitu kagum dengan maksud mendalam yang ada dalam setiap puisinya. Salah satu
puisi yang saya maksudkan adalah Penghidupan. Puisi ini dihasilkan pada tahun
1942.
Melalui
apa yang saya fahami mengenai puisi Penghidupan ini, adalah, bagaimana manusia
berusaha keras dalam kehidupannya. Walaupun, hidup yang dilalui dipenuhi
kesusahan, manusia tetap tak berputus asa. Manusia berkerja lebih ,tidak
menghiraukan penat lelahnya dan tubuhnya yang mulai remuk redam kerana mencapai
tahap batas kemampuan diri, kerana manusia yakin, semua usaha yang dilakukan
ini pastinya akan membuahkan hasil di kemudian hari. Tetapi, disaat hari itu
sampai, hari dimana manusia itu mencapai apa yang diingini, baru lah dia
menyedari bahawa yang diharapkannya hanya kecil dan tidak bererti apa pun untuk
hari tuanya. Ketika itu, barulah manusia itu menyedari juga bahawa apa yang
dikejarnya itu hanyalah sia-sia kerana akhirnya, tubuhnya hancur disebabkan usaha
yang dilakukan itu melampaui batas kemampuan dirinya. Kehidupan yang dikejarnya
selama ini berakhir dengan sia-sia. Begitu makna dan erti puisi Penghidupan
dari pandangan saya.
Jika anda yang sedang
membaca coretan ini mempunyai pandangan anda tersendiri mengenai puisi
Penghidupan atau mana-mana puisi hasil Chairil Anwar, janganlah segan untuk
mencoretnya di ruangan komen. Terima kasih.


Comments
Post a Comment