"Orang miskin
dilarang ketawa", sebuah falsafah yang diperkatakan oleh seorang pensyarah
dari UMS, Dr Lokman Abd Samad. Sesungguhnya, sukar untuk saya mengerti makna
sebenar falsafah tersebut. yang ada pada benak fikiran saya tatkala mendengar
falsafah itu hanyalah orang miskin yang miskin akan harta semata-mata. Fikiran
ini segera berubah setelah membaca dan mendengar pemikiran rakan-rakan lain.
Saya fahami bahawa, konsep orang miskin yang digunakan dalam falsafah ‘orang
miskin dilarang ketawa’ bukanlah menunjukkan orang yang miskin harta dan
kekayaan semata-mata, tetapi merujuk kepada orang-orang yang miskin akan ilmu,
miskin adab, miskin nilai agama.
Apa yang saya boleh
tafsirkan dari falsafah tersebut adalah, orang-orang yang miskin ilmu, adab dan
nilai agama ini dilarang daripada ketawa. Mungkin yang dimaksudkan dengan
‘ketawa’ bukanlah ketawa terhibur tetapi lebih kepada ketawa yang mentertawai
orang lain secara sinis. Mereka beranggapan bahawa, merekalah orang yang
berilmu, beradab dan paling memegang nilai-nilai agama dalam kehidupan,
sedangkan tidak.
Perkara yang cuba saya
kaitkan disini adalah, golongan ini adalah dilarang ketawa kerana mereka tidak
layak lagi untuk ketawakan orang lain, sedangkan batin mereka sendiri belum
terlaksana sempurna. Sekiranya pemikiran yang saya jadikan tulisan ini adalah
benar dan terkait dengan falsafah yang diajukan oleh Dr Lokman, saya bersetuju
dengan pernyataan ini.
Seseorang manusia tidak
pernah sempurna, tetapi cuma mampu memperbaiki kekurangan diri. Maka dari itu,
sesiapapun adalah tidak layak mentertawai orang lain yang melakukan kesilapan
kerana semua pun masih belajar. Belajar dari kesilapan. sekian, dari saya.
Comments
Post a Comment