Melayu Bukan Islam
Tanah Melayu adalah tempat di
mana orang Melayu menetap sehinggalah Tanah Melayu bertukar nama kepada
Malaysia. Malaysia adalah terdiri dari 13 negeri, dengan etnik dan agama yang
berbeza-beza. Persoalannya disini, Melayu, adalah satu bangsa yang ditentukan
oleh penganutan agama Islam. Adakah Melayu itu Islam?
Dalam sebuah kajian yang
dijalankan oleh Mohamed Anwar Omar Din, yang bertajuk Asal-Usul Orang Melayu. Dikatakan
oleh pengkaji bahawa, identity orang Melayu adalah terdiri daripada 2
peringkat. Pertama di peringkat dalaman dan kedua di peringkat Supra. Di
peringkat dalaman orang Melayu terbahagi kepada dua kategori, iaitu mengikut
kumpulan etnik dan geopolitik (negeri, provinsi dan wilayah) mereka menetap
sejak generasi lalu. Di peringkat kumpulan etnik, masyarakat-masyarakat yang
mengenalkan diri sebagai orang Melayu itu adalah terdiri daripada orang Jawa,
orang Minang, orang Bugis, orang Banjar, orang Boyan, orang Mendiling, orang
Krinchi, orang Acheh dan orang Jambi (sekadar beberapa). Di peringkat
geopolitik (dalaman), mereka terdiri daripada orang Patani, orang Pahang, orang
Kedah, orang Kelantan, orang Terengganu, orang Perak, orang Selangor, orang
jelas, orang Riau, dan orang Sarawak.
Pada peringkat supra pula, semua
kumpulan pada peringkat dalaman mengidentitikan diri mereka sebagai ‘orang
Melayu.’ Misalnya yang selalu didengari, ‘orang Melayu-Jawa,’ ‘orang
Melayu-Minang,’ ‘orang Melayu-Bugis,’ ‘orang Melayu-Banjar,’ dan lain-lain. Ternyata,
tidak ada yang menyifatkan melayu itu islam.
Melayu adalah bangsa yang
dahulunya adalah penganut animisme. Keadaan ini berubah, setelah kedatangan
pengaruh agama Islam di Tanah Melayu sekitar abad ke-7 yang disebarka oleh para
pedagang. Penyebaran dilakukan secara perkahwinan diantara pedagang Islam
dengan orang Melayu. Setelah itu, agama Islam diangkat sebagai agama rasmi
orang Melayu. Tetapi, tidak semsetinya Melayu adalah islam, kerana Islam adalah
agama. Agama yang bebas dianuti oleh
sesiapa sahaja.
melayu adalah bangsa yang
mempunyai budaya tersendiri dan Islam, adalah agama dan kepercayaan yang
menjadi pegangan dalam hidup manusia. Misalnya, pemakaian songkok bukanlah
sesuatu yang ditetapkan oleh agama Islam namun pemakaian songkok merupakan satu
budaya yang wujud daripada manusia yang mengasimilasikan agama dengan budaya
mereka.
Rujukan:


Comments
Post a Comment